Monday, August 11, 2008

Thursday, August 7, 2008

Wednesday, August 6, 2008

Tusyen Online Bahasa Iban SPM

Online Tution For Bahasa Iban SPM 2008

Blogspot: http://alunpanjai.blospot.com (With Pengajar SidiAji)

Jaku Pemuka:

  • Karang ti manah nya ditengkebang ngena chara BEJURAIKA ISI sereta meri KEBUAH (BUKTI) ke patut. Dalam hal tu nembiak selalu dipeda nadai penanggul dalam ngiga isi sesebengkah karang tang selalu bisi penanggul enti maya sida iya deka bejuraika sesebengkah isi tauka idea. Nama kebuah deh...?
  • Selalu aku merati nembiak ngaga karang pandak lalu enda nepatka peminta tanya dalam peresa. Ari nya sida enda teulihka mark ke tinggi.
  • Paragraf (perenggan) mega digaga sebarang; bisi paragraf nya panjai bisi mega pandak. Patut kah?....
  • Semua utai ke disebut tunyadi laban nembiak enda nemu teknik ke BETUL.
  • Teknik sigi mayuh dipadah bala pengajar???? Tang agi ke bedau baka suba baka ke agi pom satu,dua....

Dalam ngaga tanya Karang SPM Bahasa Iban aku bisi chara ke ulih nulung bala nembiak enggau jampat dikena napi peresa enda lama da agi.

FORMULA :Ikatan 2 Hati TAUKA I K T. H H

( I-Isi, K-Kesan, T-Tindakan, H-Hasil, H-Hubung-kait)

CHARA NENGKEBANG PEMUKA (Pendahuluan) dalam KARANG

Statistik nunjukka bebadi ba jalai alun seruran nambah lebuh musin hari Pengerami Besai di menua Malaysia. (I-Isi) Pekara tu lalu ngjungka orang ke bebadi nya patah kaki patah jari lalu sekeda nya lalu naban ke nyawa sida. (K-Kesan). Ari nya tadi orang ke menyalai undang-undang pasal pengelikun jalai alun ngena kimpin ”ops sikap” tauka operasi peranggai orang ke masang kerita udah dipejalaika. (T-Tindakan) Enggau kimpin ti baka nya perintah ngarapka penyampau orang ke bebadi ba jalai alun ulih kurang. (H-Harapan). Lebih manah agi kimpin ke baka nya diarapka ulih dipejalaika ukai semina diatur musin Hari Besai aja tang tau dipejalaika maya hari ke bukai mega. (H-Hubung-kait)

Bersambung minggu baru....au ......mesti nurun kelas

Pengawa Saritu : 7.8.08

Uji gaga siti pemuka karang kediri empu ngena siti tajuk karang dipilih nuan empu nitihka FORMULA Ikatan 2 Hati di atas.

-----Semua pengawa ti udah tembu anjung ba atas meja aku tauka ngena website di atas.

Monday, May 12, 2008

STPM Grades and Points_sidiaji

Grades and Grade Points

STPM uses a Cumulative Grade Point Average (CGPA) system. There are 11 grades, which are A, A-, B+, B, B-, C+, C, C-, D+ and D, with F as the failing grade. The grade points for each of these grades are between 4.0 and 1.0, A being 4.0 and D- being 1.0. The F grade gives a grade point of 0.

Grade Grade Points
A 4.00
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00
B- 2.67
C+ 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00

In order to pass a paper, candidate must at least score a C(2.00) or above. Having a grade between D to C- is a principal pass (lulus separa).

Each paper's grade appears on the result slip and the certificate. The subject's grade and grade point is determined by the weighted average results of all papers in that subject, where all papers must be passed, otherwise the grade and grade point would be, respectively, F and 0. The cumulative grade point average is the average of the top four subjects taken and usually rounded up to 2 decimal points. Therefore, if a student scores A in four subjects and fail in the fifth, his CGPA would be 4.0.

The actual range of scores within each grade is undisclosed and changes annually, depending on the performance of the candidates. Usually, the range of marks of science subjects is relatively higher than non-science subjects.

Cumulative and subject GPA at 2.0 and above is considered a pass with credit or principal pass. GPA below 2.0 is considered a sub-fail, and a 0 is considered a fail. Admissions to local public universities requires at least a GPA of 2.0 and above, though private universities, university colleges and colleges generally may accept student with CGPA less than 2.0.

The CGPA system in STPM poses some problems for admissions to American universities because the GPA range between 4.0 and 0 (unlike Advanced Placement range of 5.0 to 0) may understate the academic achievements of an applicant.

Alamat IPTA Malaysia

ALAMAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN JABATAN/AGENSI

Pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Pendaftaran IPTA /Jabatan dan Agensi berkenaan seperti berikut :

Dekan
Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur
Tel : 03-79675001/5133
Fax: 03-79675130


atau


Ketua Penolong Pendaftar Kanan,
Seksyen Kemasukan, Rekod dan Pelaksanaan Dasar,
Bahagian Akademik,
Universiti Malaya,
50603 KUALA LUMPUR
(Tel : 03-79673279/3440/3441)
(Faks : 03-79673449)
e-mel : skr@um.edu.my
Laman Web : www.um.edu.my

Timbalan Pendaftar
Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Beg Berkunci 101
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor.

Tel : 07-4537681/4537686/4537687/4537689/
4537694/4537696
Faks : 07-4536085
e-mel : pa@uthm.edu.my
Laman Web : www.uthm.edu.my


Ketua Penolong Pendaftar
Unit Kemasukan & Pengambilan
Bahagian Pengurusan Akademik
Aras 5, Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang.

Tel: 04-6532688, 6533059, 6533327, 6533141,
6533072, 6533073
Faks: 04-6533328
e-mel: admissions@notes.usm.my
Laman Web: www.usm.my

Pendaftar (Bahagian Akademik)
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7988325/06-7988328
Faks : 06-7988334
e-mel : akademik@usim.edu.my
Laman Web : www.usim.edu.my


Pengarah
Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
(Bagi Permohonan DP)

Tel : 03-89214515 / 5338 / 3795 / 5036
Faks : 03-89252699
E-mel : dpps@pkrisc.cc.ukm.my
Laman Web : www.ukm.my

Pendaftar
Pejabat Pendaftar
(Bahagian Pengurusan Akademik)
Unit Kemasukan Dan Rekod
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai
JOHOR DARUL TAKZIM
(Tel : 07-5533333)
(Faks : 07-5581791)
e-mel : upa@utm.my
Laman Web : www.utm.my


Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR
(Tel : 03-89466000/6059/6060)
(Faks : 03-89426469)
e-mel : pengambilan@putra.upm.edu.my
Laman Web : www.akademik.upm.edu.my

Bahagian Perkhidmatan Akademik
Universiti Malaysia Sabah
Aras 3 Blok Utara
Bangunan Canselori
Peti Surat No. 2073
88999 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA

Tel : 088-320213/088-321259
Tel : 088-320000 SAMB. 1411/1259/111
Faks : 088-320361/088-320090

e-mel : pejadmk@ums.edu.my
web site : http:// bpa.ums.edu.my
Laman Web : www.ums.edu.my

Bahagian Kemasukan dan Rekod
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
P.O Box 10
50728 Kuala Lumpur
Malaysia.

Tel: 03 - 6196 4000 /4040/4048
Faks: 603-6196 4724
E-mel: admissions@iiu.edu.my
Laman Web : www.iiu.edu.my

Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
Pusat Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 UiTM, Shah Alam
SELANGOR
Tel : 03-55443164/65/66/74/75
(Faks : 03-55443170)
e-mel : bpp@salam.uitm.edu.my
Laman Web : http://istudent.uitm.edu.my/intake


Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah Darul Aman

Tel: 04-928 3174/ 04-928 3108/ 04-928 3168/ 04-928 3103/ 04-928 3116
Faks : 04-928 3109 / 04-928 3115
E-mel : heanet@uum.edu.my
Laman Web : www.uum.edu.my
Laman Web Jabatan : http://www.uum.edu.my/hea

Ketua Penolong Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu

Tel : 09-6664466
Faks : 09-6664063
Laman Web : www.udm.edu.my



Pendaftar
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
35900 Tanjong Malim,
Perak.
No. Tel : 05-450 6929/6932/6313
No. Faks : 05-4582670
Laman Web : www.upsi.edu.my

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1,2,5-13, Blok E11 & Aras 3 Blok E14
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Tel : 03-88843000
Faks : 03-88843156


Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Latihan
Aras 4-6 Blok C1, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA

Ketua Eksekutif/Setiausaha Agung
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor

Tel : 03-61369663
Faks : 03-61361488


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah
Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan
50490 KUALA LUMPUR

(Tel : 03-20983732)
(Faks : 03-20983769)

Pengarah
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2 – 6, Blok E13,
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan persekutuan
62604 Putrajaya


Tel: 603 8888 8443/8445/ 03-88841000
Faks: 03 8888 8431 /03-88841081/03-88843507


Pendidikan Kesusasteraan Melayu_UPSI

FAKULTI
BAHASA
MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
SERTA
KEPERLUAN KHAS PROGRAM
1. Pendidikan Kesusasteraan Melayu
AT01
8 semester
(Terbuka kepada Aliran Sastera)
LEPASAN STPM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM
dalam mata pelajaran berikut:
• Kesusasteraan Melayu; dan
• mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
atau
Memiliki Diploma Bahasa Inggeris atau bidang pengkhususan yang
relevan dengan program yang di pohon dari Institusi Pendidikan yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.50
dan
Mendapat sekurang-kurangnya 4B pada peringkat SPM dalam mata
pelajaran berikut:
• Kesusasteraan Melayu
dan
Lulus ujian MEdSI dan Temu duga yang ditetapkan
2. Pendidikan Bahasa Melayu
AT05
8 semester
(Terbuka kepada Aliran Sastera)
LEPASAN STPM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mata
pelajaran berikut pada peringkat STPM:
• Bahasa Melayu; dan
• mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
dan
Mendapat sekurang-kurangnya 4B pada peringkat SPM dalam mata
pelajaran berikut:
• Bahasa Melayu
dan
Lulus ujian MEdSI dan Temu duga yang ditetapkan
3. Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
AT06
8 semester
(Terbuka kepada Aliran Sastera)
LEPASAN STPM/DIPLOMA
Mendapat sekurang-kurangnya gred berikut dalam mana-mana mata
pelajaran pada peringkat STPM:
• satu (1) Gred B (NGMP 3.00); dan
• satu (1) Gred C+ (NGMP 2.33)
atau
Memiliki Diploma Bahasa Inggeris atau bidang pengkhususan yang
relevan dengan program yang di pohon dari Institusi Pendidikan yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.50
dan
Mendapat sekurang-kurangnya 6C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
pada peringkat SPM;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4) dalam Malaysian
University English Test (MUET);
dan
Lulus ujian MEdSI dan Temu duga yang ditetapkan
4. Bahasa Arab dengan Pendidikan
AT49
8 semester
(Terbuka kepada Aliran Sastera)
LEPASAN STPM/STAM/DIPLOMA
Mendapat sekurang-kurangnya gred B (NGMP 3.00) dalam dua (2) mata
pelajaran berikut pada peringkat STPM:
• Syariah; dan
• Usuluddin
dan
Mendapat sekurang-kurangnya 6C dalam mata pelajaran Bahasa Arab
pada peringkat SPM;
atau
Mendapat sekurang-kurangnya tahap ‘Jayyid’ dalam dua (2) mata
pelajaran berikut pada peringkat STAM:
• Insya’ dan Mutala’ah, dan
• Nahu dan Sarf;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Bahasa Arab
Tinggi pada peringkat SPM;
atau
Memiliki Diploma dalam bidang Pengajian Islam / Dakwah / Syariah /
Usuluddin / Al-Quran dan Al-Sunnah / Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat /
Tasawwur Islam / Bahasa Arab atau bidang pengkhususan yang relevan
dengan program yang dipohon dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf
oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat
sekurangkurangnya PNGK 2.50;
dan
Lulus ujian MEdSI dan Temu duga yang ditetapkan
Kesusasteraan Melayu STPM
Pra Unversiti (Tingkatan 6 )

Oleh: sidiaji(b.a.hnrs.um_kesusasteraan melayu)

Bahagian B: Puisi Melayu Tradisional

1. PANTUN
1.1 Pantun budi
1.2 Pantun Nasihat
1.3 Pantun Keagamaan dan Kepercayaan
1.4 Pantun adat dan resam manusia
1.5 Pantun kanak-kanak (Nyanyian kanak-kanak)

2. SYAIR
2.1 Syair Sejarah
2.2 Syair Romantis
2.4 Syair Nasihat
2.5 Syair Kiasan
2.6 Syair Keagamaan

3. GURINDAM DUABELAS
3.1 ni Gurindam Yang Keenam
3.2 Ini Gurindam Yang Ketujuh
3.3 Ini Gurindam Yang Kelapan
3.4 Ini Gurindam Yang Kesembilan
3.5 Ini Gurindam Yang Kesepuluh
3.6 Gurindam Berlapis

4. ENDOI
4.1 Ucapan mencukur budak kecil
5.1 Rejang Hari Bulan

5. REJANG
5.1 Rejang hari bulan

6. DIKIR
6.1 Dikir dabus

7. RUBAI
7.1 Kemuliaan insan
7.2 Manusia
7.3 Dunia
7.4 Yang beroleh dan rugi
7.5 Nubuwwah dan hukumah
7.6 Sangkamu

8. NAZAM
8.1 Nazam ajal
8.2 Nazam rukun islam

9. MASNAWI
9.1 Budi
9.2 Akhlak pemimpin

10. GHAZAL
1O.1 Kekasih

11. BERZANJI
11.1 Berzanji kelahiran junjugan

12. QI’TAH
12.1 Ehwal islam
12.2 Zalim
12.3 Adil dan zalim
12.4 Anak
12.5 Cahaya budi

13. SELOKA
13.1 bersambung...minggu depan

Saturday, April 5, 2008

Pantun iban

Pantun puji
ai....(deka digaga minggu tu...sabar

Motif ukir ba nyabur iban

Tu sekeda ari research aku mayaka belajar menya ba UM- Enti bc hari deka dikalihka bahasa iya ngagai jaku iban....

Grafik/gambar sengaja enda diupload aku....enti deka minta research tu enggau penuh e.mail aja ngagai aku...

Pengenalan

Tuhan telah menjadikan manusia sebagai khalifah di permukan bumi ini. Di antara kebolehan yang membezakan manusia dengan makhluk lain ialah kebolehan mengapresiasikan seni. Maka tercetusnya hasil-hasil seni keliling manusia. Antaranya ialah seni rupa, yang meliputi seni bina, seni fotografi, seni kraftangan dan dalam skop tugasan ini ialah ingin melihat seni ukir pada parang Ilang.

Seni ukir merupakan cabang seni rupa yang unik. Hasil ciptaannya memperlihatkan daya ciptaan masyarakat pengukir itu sendiri di samping sebagai pancaran budaya bangsa itu. Pemodenan yang diikuti dengan arus kemajuan telah mengubahkan budaya masyarakat sehingga mengenepikan seni bangsa yang kaya dengan nilai estitika, norma dan falsafah yang mulia.

Menganaktirikan seni bermakna melawan kewujudan manusia itu sendiri. Ini adalah disebabkan seni adalah fitrah manusia yang terangkum adat, akhlak, dan budi manusia. Pendek kata sesuatu yang bercanggah dengan nilai dan norma seni manusia akan ditolak oleh manusia itu sendiri.

Sebenarnya kemampuan berseni adalah kemampuan yang membezakan manusia dengan makhluk Tuhan yang lain. Makhluk lain tidak mampu menggunakan akal-budi dan hati-budi untuk melahirkan karya seni yang indah, cantik, halus, seimbang dan sebagainya.

Dalam konteks tugasan ini ingin hendak menyelamai secara mendalam keindahan motif “lemetak” (Motif Pacat) dalam ukiran yang terpahat pada parang Ilang masyarakat Iban.

Definisi Seni

Ensikopedia Indonesia mencatatkan:

“Kesenian meliputi penciptaan seni dari segala macam hal atau benda kerana keindahan bentuknya senang orang melihat atau mendengar. Agar jarang kesenian yang merupakan barang yang kita pakai sehari-hari seperti perabut, pakaian dan sebagainya. Ada yang berupa benda yang hanya kita pakai pada upacara tertentu seperti upacara keagamaan”[1]

Sidi Gazalba mengatakan:[2]

“Penciptaan bentuk-bentuk yang mengandungi nilai estitika berpadu dengan nilai estitika Islam. Istilah untuk estitika Islam itu ialah akhlak. Kesenian sebagai suatu aspek kehidupan, tertakluk kepada syarat Allah s.w.t. Seni yang tidak membawa mudarat atau kerosakan diharuskan, yang mungkin mudarat atau merosakan dimakruhkan dan yang pasti membawa mudarat dan kerosakan diharamkan.”[3]

Herbert Read mendifinisikan seni sebagai:

“Kesenian sebagai usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang melahirkan rasa kesenangan hati”[4]

Manakala Zakaria Ali menerangkan:[5]

Seni halus ialah penghargaan atau apresiasi terhadap objek-objek seni. Yang tergolong ke dalam makna objek-objek seni ini ialah senibina, catan, lukisan, garisan, cetakan, dan carca.”

Konsep Umum Seni

Sejak zaman berzaman untuk meneruskan kelangsungan hidupnya, manusia memerlukan beberapa keperluan seperti makanan, minuman, pakaian, dan perlindungan. Keperluan bertambah setapak demi setapak dan bertambah maju.

Keperluan-keperluan itu timbul apabila mereka gagal atau tidak mampu memberi jawapan kepada misteri alam. Lantaran timbulah kepercayaan yakni mempercayai kuasa-kuasa ghaib yang dipercayai mencetuskan dan sebagai penyebab sesuatu kejadian yang tidak terjawab oleh manusia itu sendiri.

Seterusnya mereka berusaha dan berikhiar serta mengisi jawapan untuk mengatasi dan menjawab yang masalah yang diwujudkan oleh alam tadi. Dengan itu terciptalah pelbagai barang yang dalam konteks sekarang kita anggap sebagai seni. Pada awalnya bentuk sangat simple. Lama-kelamaan reka bentuk barang tersebut semakin berubah. Misalnya diukir dan dihias dan sebagainya.

Dengan itu maka timbul bentuk- bentuk ukiran yang terpahat pada barang-barang keperluan manusia. Motif-motif ukiran tersebut adalah disedut daripada alam sekeliling samada motif binatang (fauna) ataupun tumbuhan (flora).

Konsep Ukiran Iban

Konsep status sosial

Ukiran dalam masyarakat ini dikonsepkan sebagai mencerminkan ‘status sosial’ yang diadaptasikan dan dipersetujui dalam ligkungan budaya masyarakat rumah panjang. Hanya orang yang berkudukan tinggi sahaja layak menghias rumah dan peralatan mereka dengan ukiran tertentu.[6] Misalnya orang yang miskin tidak dibenar motif-motif tertentu seperti motif naga, harimau, dan Antu gerasi. Jika melawan arahan tersebut boleh menyebab umur pendek atau gila.

Konsep ikatan rumah panjang

Ukiran yang bersimpul-simpul yang disedut dari alam keliling mereka adalah sebagai pegangan utama pengukir yang merupakan pancaran kehidupan masyarakat rumah panjang yang saling tolong-menolong samada dalam keadaan kesusahan atau senang.

Konsep media komunikasi dan identiti

Ukiran juga dijadikan sebagai media komunikasi yang boleh menyampai adat-istiadat, pantang larang, kasih sayang dan sebagainya. Misalnya perlu menghormati dan membezakan kedudukan ketua, orang biasa, hamba dan musuh dari kawasan yang lain. Secara langsung ukiran itu boleh dijadikan sebagai identiti kaum untuk memudahkan mengesan antara musuh atau bukan ketika dalam medan berperang (ngayau) pada zaman dahalu.

Konsep psikologi

Ukiran pada terabai (perisai) dan parang Ilang dengan motif-moti tertentu akan menakutkan lawan atau musuh mereka. Misalnya hanya orang yang berani dan gagah perkasa serta pewira yang layak memiliki motif seperti motif kepala naga, harimau dan Antu gerasi. Apabila musuh terserempak dengan ukiran terabai atau parang Ilang yang begitu hebat ukirannya akan memberi kesan psikologi bahawa orang yang tersebut bukan orang sebarangan dan tidak mampu untuk dilawan.

Sejarah Awal Ukiran Iban

Setiap suku kaum di Malaysia mempunyai asal usulnya tersendiri tentang seni ukiran. Begitu juga dalam masyarakat Iban di Sarawak. Pelbagai persoaalan harus ditimbulkan. Bilakah dan bagaimana masyarakat ini mula mengukir.? Adakah disebabkan mimpi nenek moyang atau atas daya kreativiti diri mereka sendiri.? Adakah mereka mengukir kerana mereka ini hanya semata-mata menyukai perhiasan atau kerana kehendak dewa-dewa mereka.? Adakah cuma meniru amalan dewa-dewa dari Panggau Libau atau peniruan daripada benua-benua lain pada masa lampau.? Untuk mengupas persoalan ini perlu dilihat asal-usul ukiran masyarakat Iban seperti berikut.

Sumber Sastera

Lagenda “ dewa Keling”

Lagenda dewa Keling yang dikatakan berasal dari Panggau Libau amat mempengaruhi kefahaman spiritual dan mental masyarakat ini. Malah kepewiraan dan keistimewaan watak keling itu masih lagi dijadikan lambang masyarakat Iban. Mengikut lagenda di Panggau Libau hanya Keling Gerasi Nading dan pewira-pewira yang lain seperti Bungai Nuing (Nama samaran -Bujang Berani Kempang), Sempurai (Nama samaran -Manok Tatai Biring Gerunggang), Laja (Nama samaran- Lau mua, penyampau leka balang berang), Sepungga (Nama samaran-Aka sebila Daun Isang), dan Pandak Segatak (Nama samaran- rentak-rentak kaki manok manang)

Lagenda Rawing ditawan

Raja Merom[7]

Dikatakan pada zaman dahulu Rawing ditangkap oleh hulu balang Raja Merom semasa beliau tidur. Dikatakan Rawing ialah orang Iban yang berpengaruh di daerahnya dan kewibawaannya boleh menggugat kedudukan Raja Merom dari seberang tasik jauh. Rawing ditangkap dan dikurung di Istana Raja Merom di bilik khas. Apabila dikurung Rawing sangat sedih kerana berada jauh dengan ibubapa. Lantaran itu Rawingpun mula melukis untuk menghiburkan hatinya di dalam bilik khas tempat beliau dikurung. Niat jahat Raja Merom hilang kerana terpukau melihat kehebatan lukisan Rawing. Raja tersebutpun tidak jadi membunuh Rawing tetapi disebaliknya melantiknya sebagai ketua menjaga hamba abdi di Istana. Raja Merom juga dijadikan sebagai pelukis Istana. Selepas siap melukis Istana maka Raja Merom dibenar balik ke rumah panjangnya dengan dihadiahkan sebuah kapal peralatan di-Raja seperti Gong tawak, dan canang. Raja Merom juga bersumpah tidak akan menyerang kaum Iban dan disebaliknya memberi jaminan menjaga keselamatan kaum ini apabila berada dalam kesusahan. Apabila pulang keluarganya dan seluruh rumah panjang terkejut kerana selama ini telah menyangka Rawing sudah mati ditawan. Dari lagenda ini maka ukiran Iban tersebut terus dipraktikan sampai ke hari ini.

Implikasi Asal-usul Lagenda ukiran Rawing di

Istana Raja Melayu dan Kerajaan Yunani

Adakah Raja Merom yang tercetus dalam lagenda Rawing itu dari Kerajaan Rom/Yunani.? Bolehkah dikatakan asas ukiran Istana di Yunani itu adalah aliran ukiran Rawing ketika beliau ditawan. Atau adakah Raja Merom itu ada perkaitan dengan Istana Raja Merong Wangsa di Kedah.? Atau perkaitan sejarah silam Istana Raja Brunei yang mempunyai hubungan politik di Borneo ketika itu.? Apa sekalipun jawapannya ukiran-ukiran di seluruh alam Nusantara dan Eropah mempunyai perkaitan yang hampir sama samada dalam bentuk fauna dan floranya.

Sumber Mimpi

Mimpi Gemong[8]

Ukiran juga dipercayai berasal dari mimpi Gemong. Dicerikan Gemong berdiang dekat unggun api kerana kesejukan selepas terkena hujan semasa beliau balik dari huma. Gemong berbaring dan tertidur. Semasa tidur dia bermimpi berada di sebuah rumah panjang. Dalam mimpinya itu dia melihat kecantikan rumah panjang dan segala peralatan diukir. Apabila masuk ke rumah ketua rumah panjang Gemong terpegun melihat ukiran sekeliling bilik ketua rumah panjang itu. Gemong terus menari-nari. Dalam keasyikan menari dan kegembiraan kaki Gemong terkena kayu api dekat tempat dia berbaring. Gemong lalu terkejut lalu terbangun. Apabila bangun Gemong lalu meniru ukiran seperti yang tergambar dalam mimpinya. Adalah dipercayai sebahagian dari bentuk dan aliran ukiran yang diwarisi oleh masyarakat Iban hari ini adalah berasal daripada ukiran mimpi Gemong.

Motif “Lemetak” (Pacat) Parang Ilang

Simbolosme Motif “lemetak” (Pacat)

Memang tidak dinafikan masyarakat Iban pada zaman dahulu tinggal jauh di pedalaman dikelilingi oleh hutan tebal. Di samping keindahan tumbuhan yang menghijau terdapat juga haiwan makro dan mikro yang mendiami hutan tebal tersebut. Di antara makro organisme yang menjadi perhatian mereka ialah “lemetak” atau pacat.

Pacat mungkin dipilih kerana kehalusan binatang ini yang sukar dilihat oleh mata dan tidak disedari hinggap pada mangsanya untuk menghisap darah. Ketangkasan dan kebijaksanaan pacat ini adalah dicontohi sebagaimana masyarakat ini menyerang musuh.

Dari segi psikologi pacat dilihat sebagai haiwan yang menjijikkan dan menggelikan. Sesetengah orang terasa seram dan cuba lari apabila melihat pacat. Jauh sekali untuk membunuhnya walaupun pacat itu kecil. Berbanding dengan ular pacat tidak berbisa tetapi manusia sanggup dan berani dan menggadaikan nyawa untuk membunuh ular. Maksudnya yang terungkap menunjukkan manusia takut pada sesuatu yang lembut dan halus seperti pacat dan tidak takut pada sesuatu yang berbisa.

Pancaran daripada pemikiran ini maka pacat digunakan untuk mengukir alat-alat persenjataan seperti terabai (perisai) dan parang Ilang. Diharapkan agar kesan psikologi akan menakutkan musuh apabila melihat ukiran pacat pada parang Ilang. Parang Ilang yang diukir dengan pacat ini kerap digunakkan oleh masyarakat ini dalam ekspidisi ‘ngayau”.

Oleh yang demikian hanya alat-alat persenjataan sahaja diukir dengan motif pacat. Untuk parang biasa tidak boleh diukir dengan motif pacat kerana parang biasa tidak digunakan untuk berlawan dengan musuh.

Jenis Motif Pacat Parang Ilang

Secara keseluruhan terdapat enam belas jenis motif pacat yang digunakan untuk mengukir parang Ilang. Motif pacat tersebut akan disusun atur berasingan dan pada umumnya tidak bersambung. Pacat disusun seimbang seperti ‘kecil-besar’ dan ‘kurus-gemuk’. (prinsip dualisme). Enam belas jenis klok pacat tersebut adalah seperti contoh-contoh di bawah:

(Rujuk jadual 1 di bawah)

Jadual (1)
Enam belas jenis pacat

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

Pelbagai Jenis dan Simbolisme Susunan Pacat

Jenis seimbang

Pacat boleh diukir dengan pelbagai saiz, jumlah pacat, dan bentuk. Untuk menimbulkan kesan kecantikan pengukir perlu menyusunkan pacat secara seimbang. Kreativiti keseimbangan pengukir memancarkan pengetahuan pengukir bahawa setiap makhluk menepati hukum tertentu. Dalam kontek ini, anak-anak pacat, ada ibu dan ayah pacat seperti yang terpancar dalam keseimbangan ukiran pacat di bawah.

Rajah (1)

Bentuk seimbang

Jenis susunan satu arah

Motif pacat juga boleh disusun dalam bentuk susunan satu arah. Dalam susunan ini jarak antara satu pacat dengan pacat yang lain perlu diambil kira oleh pengukir. Keseimbangan jarak yang tersusun inilah yang menimbulkan kesan seni yang tinggi dan artistik dalam ukiran pacat pada parang Ilang.

Kaedah berfikir seseorang pengukir seperti ini menggambarkan bahawa masyarakat perlu hidup bersusun-susun yakni mempunyai peranan masing-masing serta bersepadu untuk membentuk masyarakat rumah panjang yang aman dan damai. Kecondongan pacat yang beragam itu menyatakan hidup isi hati masyarakat rumah panjang yang berlandaskan falsafah “senang sama senang, hidup sama hidup, mati sama mati” seperti yang dihuraikan dalam bentuk ukiran pacat di bawah.

Rajah (2)

Bentuk Satu arah




Jenis berlawan

Motif pacat berlawan juga ada terdapat dalam ukiran parang Ilang. Motif ini dibuat berlawan secara berpasangan. Bentuk berlawan ini disusun dalam beberapa pasangan sehingg boleh menimbulkan corak ukiran yang cantik. Tiap-tiap pasangan yang berlawan itu mesti mempunyai saiz yang sama. Jika pasangan itu kecil maka hendaklah sama kecil. Jika pasangan pacat itu besar hendaklah sama besar.

Begitu juga cara mereka melihat manusia. Yang besar tetap berurusan dengan yang besar. Begitu juga dengan yang kecil. Sikap yang kecil sudah semestinya mentah manakala sikap yang besar itu memang matang. Adalah memalukan jika seseorang yang besar itu bergaduh dan terikut dengan rentak yang muda. Dengan batas-batas pemikiran itu maka kehidupan di rumah panjang akan sentiasa aman dan jarang berlakunya krisis sosial. Prinsip ini menyatakan bahawa secara fizikalnya memang nampak bertentangan tetapi secara zahir tetap bersepadu seperti yang dibayangkan dalam cetusan bentuk pacat di bawah.

Rajah 3

Bentuk bertentangan




Tataletak dan susun atur motif ‘Pacat’ pada parang Ilang

Susun atur pacat parang Ilang

Sebelum meletakkan motif pacat pada hulu parang Ilang pengukir itu terlebih dahulu memikirkan bentuk kelok apakah yang sesuai sebagai pohon ukiran. Pohon atau batang ukiran ini tertakluk pada cita rasa pengukir. Elemen ini juga berpaksi kepada siapakah pemilik parang Ilang itu nanti

Selepas itu barulah meletakkan pacat yang difikirkan sesuai. Biasanya pohon ukiran itu boleh menggunakan motif pacat itu sendiri atau memilih bentuk-bentuk yang lain seperti kepala manusia, naga, ular, kera dan burung. Huraian tentang susun atur dan tataletak ukiran ini pada parang Ilang boleh dilihat dalam rajah di bawah:

Berikut adalah hurain lengkap cara mengukir dan meletakkan ukiran pada hulu dan sarung parang Ilang :

Jadual (2)

Tataletak Ukiran Pada Hulu Parang Ilang

1. Hamparan bentuk “chervon” hulu parang

(Kertas lukisan)

Takikan pada bahagian atas hulu mengikut lukisan hamparan di sebelah

2. Lukisan Hamparan yang dicadangkan

Hamparan pada hulu seperti yang dicadangkan

3. Ukiran lain ditanbah untuk menghias dan menimbulkan motif pacat

Hasil ukiran pacat dan ukiran hiasan pacat yang sudah siap selepas diukir dengan tebuk timbus dan timbul

Jadual (3)

Tataletak ukiran pada Sarung Parang Hilang

1.Lukisan hamparan menggunakan kertas kosong.

Bentuk awal sarung sedia untuk diukir

2.Lukisan hamparan pacat yang dicadangkan

Diukir ikut seperti yang dicadangkan

3.Ukiran yang lain ditambahkan untuk menghias dan menimbulkan motif pacat

Gabungan motif pacat dan ukiran hiasan pada sarung yang diukir dengan gabungan tebuk timbul dan tembus.

Analisis Taburan Motif Pacat Pada Hulu Parang Ilang

Catatan: 16 jenis Klok Pacat seperti yang dikelaskan oleh

Augudtine Anggat 1989 hlm.176

Jadual (4)

Klok “a” Klok “b” Klok “c”

Klok “d” Klok “e” Klok “f”

Klok “g” Klok “h” Klok “I”

Klok “j” Klok “k” Klok “l”

Klok “m” Klok “n” Klok “o”

Klok “p”

Data taburan pacat dalam hulu Parang Ilang

Rajah (4)

Jadual (5)

Peratus Pacat mengikut Jenis dalam hulu Parang Ilang yang dikaji

Jenis Klok

Klok yang ada

Jumlah Klok

Peratus Klok

Klok “a”

-

-

-

Klok “b”

3

2

2/26 x 100 = 7.69

Klok “c”

3

14

14/26 x 100 = 53.8

Klok “d”

-

-

-

Klok “e”

3

2

2/26 x 100 = 7.69

Klok “f”

3

2

2/26 x 100 = 7.69

Klok “g”

3

2

2/26 x 100 = 7.69

Klok “h”

-

-

-

Klok “i”

-

-

-

Klok “j”

-

-


Klok “k”

3

2

2/26 x100 = 7.69

Klok “l”

-

-

-

Klok “m”

-

-

-

Klok “n”

-

-

-

Klok “o”

-

-

-

Klok “p”

-

-

-

Klok lain-lain

3

2

2/26 x 100 = 7.69

Jumlah Besar

7

26

100 %

(3)Klok yang didapati pada parang Ilang yang dianalisikan




Carta (1)

Carta (1) menunjukkan Peratus pacat mengikut jenis dalam hulu parang yang dikaji

Ulasan data

Jadual dan carta di atas cuba meringkas serta melihat taburan pelbagai bentuk pacat yang diukir pada satu hulu parang Ilang. Didapati klok “c” lebih dominan iaitu 53.8 peratus diikuti oleh klok “b” “e” “f” “g” “k” dan lain-lain yang masing-masing mencatat 7.69 peratus.

Jumlah pacat kesemuanya yang terukir pada hulu parang Ilang tersebut ialah sebanyak 7 jenis daripada 16 jenis yang biasa digunakan oleh pengukir dalam mengukir hulu parang Ilang.

Tafsiran Data

(untuk menentukan nilai seni dan nilai komersial)

Daripada data di atas dapatlah dirumuskan bahawa pengukir ini tidak menggunakan kesemua jenis Klok pacat yang lazimnya digunakan oleh pengukir yang lain. Ini mungkin bergantung kepada harapan pengukir yang inigin mengukirkan hulu secara serdahana.

Hal ini jelas terlihat daripada 16 klok hanya 7 atau 43.7 peratus sahaja jenis klok yang digunakan oleh pengukir tersenut. Dengan ini dapatlah ditentukan nilai seni pacat itu hanya 43.7 peratus sahaja.

Implikasi ini juga boleh digunakan untuk mengukur nilai komersial pada parang Ilang tersebut sekiranya untuk pasaran. Sebagai contoh jika purata harga parang Ilang adalah RM. 100 maka nilai parang Ilang yang dibuat oleh pengukir hanya berharga RM.43.70 sahaja.

Kesimpulan Data

Walaupun pengukir itu tidak menggunakan kesemua 16 betuk pacat bukan bermakna hulu parang itu tidak bernilai dari segi kesenian atau komersial. Banyak perkara yang lain perlu dilihat misalnya fakta budaya masyarakat dan jenis kayu yang digunakan untuk hulu dan sarung parang Ilang itu sendiri.

Misalanya, persoalan-persoalan seperti berikut perlu diambilkira. Siapakah yang memiliki parang itu kelak.? Adakah parang itu untuk orang biasa atau pewira.? Adakah hanya untuk bahan komersial atau perhiasan.?

Faktor lain-lainnya adalah mungkin disebabkan oleh jenis kayu kerana bentuk-bentuk klok pacat tertentu sukar diukir kerana kayu itu mungkin terlampau lembut atau keras. Di samping itu hanya bentuk-bentuk pacat tertentu sahaja dipilih oleh pengukir kerana mengambil kira struktur, tekstur, dan tataletak bentuk pacat yang berdasarkan pada pohon dan daun.

Aplikasi dan Cadangan Fungsi lain Motif Pacat dalam Industri Kraftangan

Disamping diukir pada parang Ilang, motif pacat juga sesuai untuk diukir pada peralatan dan benda yang lain. Kesesuain ini adalah disebabkan oleh bentuk pacat itu sendiri yang mempunyai ragam hias yang ditonjolkan oleh klok-klok pacat.

Cadangan selain daripada diukir pada hulu dan sarung parang, pengukir juga boleh mengukir motif pacat ini pada bingkai pintu, tingkap dan permukaan meja dan peralatan yang lain. Alasan yang lain untuk melihat kekukuhan motif pacat ini ialah terletak pada sifat ukirannya yang diukir secara tebuk timbul. Secara fizikalnya kesan tebuk timbul ini akan menyebabkan bentuk pacat itu sebagai “grip” pada alat-alat yang diukir di samping sebagai perhiasan.

Cadangan (1)

(diukir pada permukaan meja)

Rajah (5)

Cadangan (2)

(diukir pada bingkai pintu)

Rajah (6)

Masa depan dan globalisasi ukiran Iban

Kayu pengukur masa depan ukiran Iban terletak pada bahu masyarakat itu sendiri. Jika dilihat secara umum banyak kezanah ukiran ini semakin dipinggir sedangkan kandungan nilai seni setanding dengan ukiran kaum Maori di New Zealand dan mempunyai potensi nilai komersial yang tinggi

Kalau adapun kazanah ini sekarang hanya wujud sebagai bahan perhiasan di muzium untuk daya tarikan pelancong semata-mata. Stigma ini mungkin disebabkan oleh generasi baru yang tidak berminat dalam hal-hal seni dan budaya kerana lebih mementingkan hal-hal material yang lebih berkiblat ke arah barat sehingga lupa akan identiti dan budaya sendiri secara total. Konflik inilah yang menganjurkan masalah sosial yang teramat sangat pada hari ini. Nilai hati-budi seperti yang terungkap pada hasil karya seni semakin hilang dibawa arus kemodenan dan globalisasi . Jika tidak ada usaha untuk mengukuhkan seni bangsa sudah pastinya satu hari kelak masyarakat kita akan terkubur seperti kaum Red Indian yang terkubur di bumi mereka sendiri.

Dalam kontek ukiran Iban sememangnya mempunyai potensi yang tinggi jika diekploitasi untuk wadah seni negara dan bangsa dari sudut komersial di samping mengekalkan identiti bangsa Malaysia yang sangat indah dengan kemajmukannya. Elemen inilah yang harus dijadikan kebanggaan yang tiada tolok bandingannya di permukaan bumi ini.

Penutup

Seni Ukiran adalah hasil daripada pembentukan dan perkembangan masyarakat secara semulajadi. Rupa bentuk seni ukiran adalah cetusan daripada minda dan perasaan masyarakat dalam aktiviti kehidupan seharian, kepercayaan, kebudayaan, sejarah, alam sekitar, kebolehan teknikal serta teknologi.

Simbolisme dalam ukiran yang terdapat pada ukiran itu tidak harus dilihat dari sudut fizikal (luaran) tetapi harus terangkum faktok yang tidak nampak (dalaman) atau yang tersirat. Premis ini adalah berdasarkan konsep simbolisme itu sendiri merupakan lambang abstrak idea masyarakat pengukir.

Dalam kontek ukiran yang bermotifkan “pacat” ini telah memenuhi apa yang dimaksudkan di atas. Walaupun nampak simple tetapi terungkap seribu makna yang menonjolkan keindahan seni, ritual dan spiritual, status sosial, dan ketamadunan masyarakat pengukir yang dianugerahkan oleh Tuhan.

-----------@@@@@@@--------- feb.2000



[1] Lihat Kamaruddin Sulaiman, Dewan Budaya, Mac, hlm.53

[2] Ibid., hlm.54

[3] Ibid., hlm.54

[4] Ibid., hlm.54

[5] Zakaria Ali, 1989, ‘Seni dan Seniman” hlm.3

[6] Augustine Anggat, 1989. “Asas Ukiran iban” Dewan Bahasa Pustaka, hlm.xiv

[7] Augustine Anggat, “Asas ukiran Iban”, hlm.3

[8] Augustine Anggat, “Asas Ukiran Iban” hlm.10